Pengumuman Rasmi Kem Kepimpinan Belia PBSMM Negeri Pulau Pinang 2023
Bagi pihak jawatankuasa penganjur, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah mendaftar untuk menyertai Kem Kepimpinan Belia BSMM 2023. Kami telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan, dengan penyertaan sebanyak 30 sekolah dari seluruh negeri Pulau Pinang.
Kami, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Pulau Pinang, sentiasa mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan peserta kami dalam setiap acara yang kami anjurkan, termasuk kem anjuran kali ini. Kami sentiasa berusaha sepenuhnya untuk memastikan objektif kem ini dapat tercapai dengan jayanya.
Namun, memandangkan keadaan cuaca panas semasa, duka cita dimaklumkan bahawa Kem Kepimpinan Belia BSMM 2023 yang sebelum ini dijadual untuk berlangsung dari 27/5/23 hingga 29/5/23, akan ditangguhkan ke Disember 2023 dan tarikh baru kem ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Keputusan ini dibuat selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia baru-baru ini.
Kami memahami bahawa penangguhan ini mungkin mengganggu rancangan peserta dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku. Oleh itu, mana-mana ahli berdaftar yang ingin menarik diri daripada penyertaan boleh mengisi Borang Google melalui pautan yang disediakan di bawah untuk meminta pembayaran balik yuran penyertaan. Penerimaan permohonan pembayaran balik yuran ini akan bermula serta-merta sehingga 22 JUN 2023.
Sila gunakan e-form permintaan (https://shorturl.at/vwJQS) untuk menyerahkan permintaan bayaran balik anda.
Kami memahami kekecewaan dan kehampaan yang mungkin ditimbulkan oleh ini, tetapi kami memberi jaminan bahawa kami sedang berusaha untuk memastikan Kem ini dapat memberikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk semua peserta.
Kami akan menyediakan maklumat terkini dan pengumuman secara berkala, termasuk maklumat mengenai pembukaan semula pendaftaran peserta baharu sekiranya terdapat sebarang kekosongan berikutan daripada penarikan diri ahli yang berdaftar sebelum. Sila rujuk kepada laman web rasmi kami dan Halaman Facebook. Terima kasih atas kerjasama anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila menghubungi [email protected]. Sekian, terima kasih.
Jawatankuasa Pengelola
Kem Kepimpinan Belia BSMM 2023