Hari Bendera Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Pulau Pinang 2024

Hari Bendera Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Pulau Pinang 2024

Hari Bendera Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Pulau Pinang bermula sejak 1970 untuk mengumpul dana bagi aktiviti kemanusiaan. BSMM adalah sebuah pertubuhan untuk mengumpul dana setiap tahun bagi menjalankan aktiviti kemanusiaan seperti melatih ahli kami dengan kemahiran pertolongan cemas, menyelamat, pengurusan bencana, perkhidmatan kesihatan dan komuniti.

Disamping itu, Hari Bendera ini juga dijalankan untuk menaik taraf ambulan dan kenderaan penyelamat serta peralatan-peralatan ambulan bagi berkhidmatan 24 jam bersama Hospital di seluruh Negeri Pulau Pinang.
Orang ramai boleh menyumbang kepada ahli kami yang berpakaian baju rasmi Bulan Sabit Merah Malaysia di sekitar Negeri Pulau Pinang pada: 7 & 8 September 2024 bermula jam: 7pagi – 6petang
Hari Bendera yang dijalankan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan program tersebut.
Objektif Hari Bendera Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Pulau Pinang

Find out more about our recent & upcoming events

World Mental Health Day 2024

Hari Bendera Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Pulau Pinang 2024

INTER-COMPANY FIRST AID COMPETITION