Posts Tagged ‘PERTANDINGAN MENULIS ESEI’

PERTANDINGAN MENULIS ESEI BERTAJUK “Sumbangan terbesar saya sebagai seorang Sukarelawan”

Tuesday, April 14th, 2015
  • Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PBSM Tingkatan 4-5 di semua sekolah di Pulau Pinang sahaja.
  • Esei anda perlulah yang asli. Plagiat tidak akan diterima.
  • Esei yang dihantar boleh ditulis tangan ataupun bertaip. Untuk tulisan tangan, pastikan tulisan anda kemas. Gunakan kertas A4 anda sendiri.
  • Penyertaan untuk setiap sekolah adalah tidak terhad. Bagaimanapun, seorang murid perlu menghantar satu penyertaan sahaja. Bilangan ahli yang ingin menyertai pertandingan ini adalah tidak terhad.
  • Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan. Manakala pemenang akan mendapat sijil pencapaian dan hadiah.
  • Pastikan esei yang dihantar diedit dahulu oleh guru Bahasa Malaysia dari segi tata bahasa sebelum dihantar ke PBSM Cawangan Pulau Pinang.
  • Sebanyak 300 patah perkataan. Sila tulis jumlah perkataan anda pada sudut bawah di sebelah kanan kertas A4 anda.
  • Keputusan hakim adalah muktamad. Surat-menyurat dan bantahan tidak akan dilayan.
  • Semua penyertaan perlu sampai ke PBSM Cawangan Pulau Pinang sebelum atau pada 6 Mei 2015 untuk dibuat penilaian. Penyertaan yang lewat tidak akan dilayan.
  • Hasil kerja yang tidak kemas (cincai) tidak akan mendapat sijil.
  • Setiap penyertaan perlu disahkan oleh pengetua.
Special Programs
  • .Photo Gallery
  • Donations
  • F.A.I.E.H.
  • Youth Program
Gallery

Random Image

island_fac2006_424972

island_fac2006_424972

Date: 09/23/2006 Views: 314

Archives

Official Website of Malaysian Red Crescent Penang Branch :: Hosting by Exabytes Network.