Wednesday, January 14th, 2015
- Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PBSM Tahun 4- 6 di semua sekolah rendah di Pulau Pinang sahaja.
- Murid perlu menggunakan kertas lukisan dan warna sendiri seperti pensel warna, krayon, cat air dan sebagainya sendiri.
- Penyertaan untuk setiap sekolah adalah tidak terhad. Bagaimanapun, seorang murid perlu menghantar satu penyertaan sahaja. Bilangan ahli yang ingin menyertai pertandingan ini adalah tidak terhad.
- Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan. Manakala pemenang akan mendapat sijil pencapaian dan hadiah.
- Poster yang dilukis perlulah bertemakan PBSM. Poster yang dilukis mestilah mengandungi perkataan “Selamat Hari Lahir Bulan Sabit Merah -2015”.
- Keputusan hakim adalah muktamad. Surat-menyurat dan bantahan tidak akan dilayan.
- Semua penyertaan perlu sampai ke PBSM Cawangan Pulau Pinang sebelum atau pada 6 Mei 2015 untuk dibuat penilaian. Penyertaan yang lewat tidak akan dilayan.
- Hasil kerja yang tidak kemas (cincai) tidak akan mendapat sijil.
- Setiap penyertaan perlu disahkan oleh Guru besar.
Tags: Hari Lahir Bulan Sabit Merah, World RC day
Posted in International Humanitarian, Memo | No Comments »