- Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PBSM Tingkatan 4-5 di semua sekolah di Pulau Pinang sahaja.
- Esei anda perlulah yang asli. Plagiat tidak akan diterima.
- Esei yang dihantar boleh ditulis tangan ataupun bertaip. Untuk tulisan tangan, pastikan tulisan anda kemas. Gunakan kertas A4 anda sendiri.
- Penyertaan untuk setiap sekolah adalah tidak terhad. Bagaimanapun, seorang murid perlu menghantar satu penyertaan sahaja. Bilangan ahli yang ingin menyertai pertandingan ini adalah tidak terhad.
- Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan. Manakala pemenang akan mendapat sijil pencapaian dan hadiah.
- Pastikan esei yang dihantar diedit dahulu oleh guru Bahasa Malaysia dari segi tata bahasa sebelum dihantar ke PBSM Cawangan Pulau Pinang.
- Sebanyak 300 patah perkataan. Sila tulis jumlah perkataan anda pada sudut bawah di sebelah kanan kertas A4 anda.
- Keputusan hakim adalah muktamad. Surat-menyurat dan bantahan tidak akan dilayan.
- Semua penyertaan perlu sampai ke PBSM Cawangan Pulau Pinang sebelum atau pada 6 Mei 2015 untuk dibuat penilaian. Penyertaan yang lewat tidak akan dilayan.
- Hasil kerja yang tidak kemas (cincai) tidak akan mendapat sijil.
- Setiap penyertaan perlu disahkan oleh pengetua.
Official Website of Malaysian Red Crescent Penang Branch :: Hosting by Exabytes Network.