• Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli PBSM Tahun 4- 6 di semua sekolah rendah di Pulau Pinang sahaja.
  • Murid perlu menggunakan kertas lukisan dan warna sendiri seperti pensel warna, krayon, cat air dan sebagainya sendiri.
  • Penyertaan untuk setiap sekolah adalah tidak terhad. Bagaimanapun, seorang murid perlu menghantar satu penyertaan sahaja.  Bilangan ahli yang ingin menyertai pertandingan ini adalah tidak terhad.
  • Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan. Manakala pemenang akan mendapat sijil pencapaian dan hadiah.
  • Poster yang dilukis perlulah bertemakan PBSM.  Poster yang dilukis mestilah mengandungi perkataan “Selamat Hari Lahir Bulan Sabit Merah -2015”.
  • Keputusan hakim adalah muktamad. Surat-menyurat dan bantahan tidak akan dilayan.
  • Semua penyertaan perlu sampai ke PBSM Cawangan Pulau Pinang sebelum atau pada 6 Mei 2015 untuk dibuat penilaian. Penyertaan yang lewat tidak akan dilayan.
  • Hasil kerja yang tidak kemas (cincai) tidak akan mendapat sijil.
  • Setiap penyertaan perlu disahkan oleh Guru besar.