- Pertandingan ini terbuka kepada ahli PBSM Tingkatan 1-3 di semua sekolah di Pulau Pinang sahaja.
- Murid perlu menggunakan kertas lukisan dan warna sendiri untuk melukis grafik tersebut.
- Penyertaan untuk setiap sekolah adalah tidak terhad. Bagaimanapun, seorang murid perlu menghantar satu penyertaan sahaja. Bilangan ahli yang ingin menyertai pertandingan ini adalah tidak terhad.
- Setiap penyertaan akan mendapat sijil penyertaan. Manakala pemenang akan mendapat sijil pencapaian dan hadiah.
- Grafik yang dilukis perlulah menceritakan turutan sejarah PBSM asal dan Malaysia secara kreatif.
- Keputusan hakim adalah muktamad. Surat-menyurat dan bantahan tidak akan dilayan.
- Semua penyertaan perlu sampai ke PBSM Cawangan Pulau Pinang sebelum atau pada 6 Mei 2015 untuk dibuat penilaian. Penyertaan yang lewat tidak akan dilayan.
- Hasil kerja yang tidak kemas (cincai) tidak akan mendapat sijil.
- Setiap penyertaan perlu mendapat pengesahan pengetua.
Official Website of Malaysian Red Crescent Penang Branch :: Hosting by Exabytes Network.